Tuesday, December 29, 2009

Madu Lebah Tualang

Harga : RM90 (750g)
Harga : RM45 (350g)

Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti diperakui oleh para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropikal (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah liar dikenali sebagai lebah sialang.

Malaysia adalah antara negara yang bertuah yang mepunyai hutan hujan tropikal yang tertua dan terkaya di dunia. Sumber flora dan faunanya yang hebat dengan pelbagai spesis lebah liar yang tidak terdapat di negara lain. Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak didapati di hutan di semenanjung terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terangganu.

Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik. Ia mengandungi debunga, mineral, banyak jenis vitamin dan enzim semulajadi dan ia tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah ternak.

Ciri-ciri madu lebah tualang; (a) mempunyai agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesium yang tinggi dan jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi; (b) Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan kesan buih di permukaan; (c) Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit disebabkan oleh bau pati debunga hutan; (d) Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan; (e) sesiapa yang biasa meminum madu sendirinya dapat membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan.

Khasiat madu itu sendiri tersedia maklum oleh semua masyarakat di dunia sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

PETUA UNTUK PASTIKAN KETULINAN MADU LEBAH TUALANG ASLI

Petua bagaimana untuk menentukan ketulenan madu seperti permukaan madu mempunyai buih-buih halus, madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya….DIPETIK DARI NIAGANEW.COM

nota kaki; kos penghantaran RM10


No comments:

Post a Comment